100 PERSOALAN PUASA

Edisi pertama hingga keempat

edisi satuedisi duaedisi tigaedisi empat

Edisi terkini

edisi lima

Puasa merupakan ibadah yang penting dalam pembinaan sifat ”ehsan” kepada individu muslim. Sifat ”ehsan” adalah tangkal utama kepada umat Islam daripada melakukan maksiat, kerana mereka akan merasakan Allah sentiasa bersama dan memerhatikan mereka.

Lantaran itu, penulis cuba memaparkan pelbagai isu supaya masyarakat sedar dan dapat melayari puasa dengan kesedaran ilmu, kerana ibadah yang sempurna tidak sekadar memerlukan keikhlasan dalam beribadah tetapi turut perlu dipastikan ketepatannya dengan syariah.

Buku ini merupakan gabungan perkara-perkara furu’ yang cuba dikeluarkan permasalahannya dalam bentuk soal jawab bagi menarik minat pembaca.

Penulis cuba mengambil pendapat sesuai untuk dilaksanakan dengan keutamaan kepada mazhab Syafie dan fatwa kontemporari di dalam masalah semasa. Namun, tidak dinafikan ada beberapa masalah yang mempunyai pelbagai pendapat meskipun di dalam mazhab Syafie sendiri, penulis berharap ia menjadi ikhtilaf yang sihat dalam perkembangan ilmu.

Harga : RM5 sebuah

Kos penghantaran : RM2

cover_depan cover_belakang_real

(Download isi kandungan kitab ini)

Solat jamak dan qasar adalah kemudahan yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita dalam menunaikan kefardhuan solat lima waktu khususnya ketika berada dalam musafir dan ketika menghadapi kasulitan-kesulitan tertentu. Buku ini merupakan himpunan 100 persoalan utama berkaitan solat jamak dan qasar yang ditulis dan dipersembahkan khusus bagi menjawab kemusykilan anda berkaitan solat jamak dan qasar.

Dalam menghasilkan buku ini penulis telah merujuk kepada huraian para ulama’ di dalam kitab-kitab fiqh Islam samada kitab klasik atau moden dalam membincangkan persoalan solat jamak dan qasar (khususnya dalam mazhab Syafie) kemudian dipersembahkan semula dalam bentuk soal jawab bagi memudahkan masyarakat Islam memahaminya supaya mereka dapat mengamalkannya secara praktikal mengikut kaedah dan tatacara perlaksanaan solat jamak dan qasar yang digariskan oleh para ulama di dalam kitab-kitab fiqh.

Buku ini juga menjawab persoalan-persoalan moden dan semasa berkaitan solat jamak dan qasar yang mesti diketahui dan difahami oleh pembaca. Antaranya seperti cara menentukan sempadan qaryah hari ini, solat qasar bagi musafir sepanjang masa seperti juruterbang dan pramugari, solat jamak bagi pesakit, atlet sukan dan pekerja yang bekerja melibatkan waktu solat dan tidak dapat meninggalkan kerjanya seperti doktor bedah, pengawal keselamatan, polis trafik yang mengawal lalulintas dan sebagainya. Segalanya terjawab dalam buku yang berada di tangan anda ini.

Adalah diharapkan segala jawapan kepada persoalan yang terkandung di dalam buku ini mampu memberi manfaat yang besar kepada masyarakat Islam dalam memahami hukum-hakam serta tatacara perlaksanaan solat jamak dan qasar secara praktikal dan lebih berkesan.

Harga : RM10 sebuah

Kos Penghantaran : RM2


Buku ini amat berguna buat pesakit atau mereka yang cintakan ilmu dengan paparan pelbagai perbahasan mengenai keringanan berperingkat yang boleh diambil oleh seseorang pesakit dalam melaksanakan tuntutan bersuci, solat dan puasa serta pelbagai perkara yang berkaitan.

Islam agama yang mudah, penunaian ibadahnya juga begitu mudah meskipun dalam keadaan sakit. Memudahkan pesakit dalam beribadah adalah perlu, namun ianya tidak sekali-kali untuk mempermudah-mudahkan ibadah.

(Download isi kandungan kitab ini)

Harga : RM18 sebuah

Kos Penhantaran : RM2

;;
 
FAZA PUBLICATIONS. Design by Pocket