120 PERSOALAN PRAKTIKAL SOLAT JAMAK & QASAR

cover_depan cover_belakang_real

(Download isi kandungan kitab ini)

Solat jamak dan qasar adalah kemudahan yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita dalam menunaikan kefardhuan solat lima waktu khususnya ketika berada dalam musafir dan ketika menghadapi kasulitan-kesulitan tertentu. Buku ini merupakan himpunan 100 persoalan utama berkaitan solat jamak dan qasar yang ditulis dan dipersembahkan khusus bagi menjawab kemusykilan anda berkaitan solat jamak dan qasar.

Dalam menghasilkan buku ini penulis telah merujuk kepada huraian para ulama’ di dalam kitab-kitab fiqh Islam samada kitab klasik atau moden dalam membincangkan persoalan solat jamak dan qasar (khususnya dalam mazhab Syafie) kemudian dipersembahkan semula dalam bentuk soal jawab bagi memudahkan masyarakat Islam memahaminya supaya mereka dapat mengamalkannya secara praktikal mengikut kaedah dan tatacara perlaksanaan solat jamak dan qasar yang digariskan oleh para ulama di dalam kitab-kitab fiqh.

Buku ini juga menjawab persoalan-persoalan moden dan semasa berkaitan solat jamak dan qasar yang mesti diketahui dan difahami oleh pembaca. Antaranya seperti cara menentukan sempadan qaryah hari ini, solat qasar bagi musafir sepanjang masa seperti juruterbang dan pramugari, solat jamak bagi pesakit, atlet sukan dan pekerja yang bekerja melibatkan waktu solat dan tidak dapat meninggalkan kerjanya seperti doktor bedah, pengawal keselamatan, polis trafik yang mengawal lalulintas dan sebagainya. Segalanya terjawab dalam buku yang berada di tangan anda ini.

Adalah diharapkan segala jawapan kepada persoalan yang terkandung di dalam buku ini mampu memberi manfaat yang besar kepada masyarakat Islam dalam memahami hukum-hakam serta tatacara perlaksanaan solat jamak dan qasar secara praktikal dan lebih berkesan.

Harga : RM10 sebuah

Kos Penghantaran : RM2

0 Comments:

Post a Comment



 
FAZA PUBLICATIONS. Design by Pocket